top of page

1. POLISI PENGESAHAN TEMPAHAN DAN CETAKAN

 

Selepas setiap tempahan, Cardinlove akan melakukan proses rekebentuk dan mendapatkan pengesan anda. Kerja cetakan hanya akan dibuat selepas menerima pengesahan terakhir daripada anda. Cardinlove tidak akan bertanggung jawab atas sebarang kesilapan ejaan atau lain-lain kesalahan selepas pengesahan akhir untuk cetakan dibuat oleh anda. 

 

 

2. POLISI PENGESAHAN REKABENTUK DAN KUALITI

 

Cardinlove menghantar pengesahan rekabentuk kepada anda melalui online. Anda hanya boleh membuat 2 (dua) kali perubahan. Kualiti warna melalui monitor atau skrin computer adalah berlainan dengan warna sebenar cetakan kerana format warna yang berbeza. Warna di skrin tidak boleh dijadikan ukuran perbandingan dalam menentukan perbezaan warna bagi produk akhir. Namun begitu, Cardinlove ada menyediakan sample produk yang boleh dimohon sebelum membuat tempahan bagi melihat kualiti warna, kertas dan sebagainya.

 

 

3. POLISI PEMULANGAN DAN PENUKARAN PRODUK

 

Kepuasan anda adalah menjadi keutamaan Cardinlove. Jika anda tidak berpuas-hati dengan tempahan anda, anda boleh memaklumkan pihak Cardinlove dalam tempoh masa 3 hari selepas penerimaan dan pemulangan hendaklah dibuat dalam tempoh 7 hari (barangan perlu dibungkus-semula dalam pek asal seperti ketika penerimaan). Setiap produk yang dipulangkan atau diminta tukar perlu diserahkan sepenuhnya kepada Cardinlove. Pihak Cardinlove berhak untuk tidak menggantikan atau menukar produk yang gagal dipulangkan sepenuhnya.

 

 

4. POLISI DEPOSIT & PEMBAYARAN

 

Cardinlove hanya akan menjalankan kerja-kerja rekabentuk kad tempahan selepas anda membuat pembayaran. Pembayaran boleh dilakukan secara deposit 50% atau bayaran jumlah penuh. Baki 50% bayaran pula hendaklah dibuat selepas pengesahan rekabentuk terakhir oleh anda atau sebelum penghantaran. Penghantaran produk hanya akan dibuat selepas pembayaran penuh anda disahkan. 

 

 

5. POLISI PENGHANTARAN

 

Cardinlove menggunakan perkhidmatan POS MALAYSIA (Parcel Service) untuk setiap penghantaran di seluruh Malaysia. Caj penghantaran kami untuk setiap barangan adalah berbeza (mengikut saiz dan berat). Kami akan memberi nombor POS PARCEL kepada anda apabila kami membuat penghantaran melalui email & sms. Barangan telah siap dijangka akan diterima pelanggan sekitar 2-3 hari bekerja.

 

 

6. POLISI PEMBATALAN TEMPAHAN & PEMULANGAN DEPOSIT

 

Cardinlove membenarkan pembatalan tempahan dibuat jika produk masih belum dicetak. Namun, sebanyak RM50.00 akan dicaj kepada setiap pembatalan yang dibuat. Deposit penuh akan dipulangkan jika pembatalan ialah atas sebab kegagalan Cardinlove dalam mematuhi polisi tempahan.

 

 

7. POLISI PENUKARAN ATAU PERUBAHAN DESIGN ASAL & PEMBUATAN REKAAN KHAS

 

Keseluruhan rekaan Cardinlove adalah 100% dihasilkan sendiri yang mana semua rekabentuk asal Cardinlove boleh diubah mengikut kehendak anda. Tiada sebarang caj tambahan yang dikenakan kepada anda untuk penambahan atau perubahan dari segi warna, font type, size kad, tambahan text dan sebagainya. Caj tambahan hanya akan dikenakan atas permintaan untuk merekebentuk produk yang tidak menggunakan pilihan rekaan sedia-ada di Cardinlove Collection. Untuk kondisi ini anda perlu menyediakan lakaran idea untuk pereka Cardinlove membuat rujukan. Caj yang akan dikenakan ialah RM80.00-RM100.00 mengikut keupayaan skop kerja.

I'm a title. Click here to edit me

POLISI CARDINLOVE ONLINE STORE

Testimonials

​"Cardinlove has many unique design and up to date. We are very satisfied with the results of its products." Anita & Saiful



"Kami sekeluarga amat berpuas hati dengan harga yang ditawarkan." Hafiz & Family



"I've fall in love with Cardinlove. I've recommend to many of my friend about Cardinlove online store." Adam Hamid

 

Company Info

FAQ

Get an explanation of frequently asked questions about our services.

Customer Service

  • facebook-square

Wedding . Media . Print

Follow us

© 2013 Cardinlove. All rights reserved.

bottom of page